Wednesday, February 25, 2015

Hong Kong - Islam Food Restaurant

Hi. Seperti dijanjikan. Selepas tamat sesi naik cable car, masing masing membuat haluan sendiri due to ......

Lepas sampai bilik, tuan tanah ajak Mimi pergi makan. Tapi Miss N pun nak ikut sama so bawak je lah walaupun hati sikit ada bengkak. Maklumlah ada few juga list nama kedai kedai makan yang tuan tanah nak cuba. Kebanyakannya cilok info kedai makanan halal dari blog DJ.


First, sorry sebab gambar depan kedai tak berapa nak clear. Nama restoran tu Islam Food.   Located at Lung Kong Road, Kowloon City. Agak jauh juga dari Tsim Sha Tsui dan kami ke sana dengan taxi. Kebetulan sangat masa tu waktu peak hour. Almost 1 jam juga la nak sampai ke sini. Naik teksi lebih kurang HKD70 macam tu. Demi chinese food, ku tabahkan hati. 

Mengikut google map, korang boleh naik mrt & turun di Lok Fu Station Exit A tapi almost 2km juga la walking distance untuk sampai ke kedai ni. Boleh je kalau nak turun kat station tu & naik teksi kan? Tapi pastikan korang ada alamat kedai ni in chinese ye. Sebab taxi driver tak berapa tahu kalau korang bagi in english ni. By the way kedai ni dibuka dari 11 pagi hingga 11 malam dan service sangatlah pantas. 


Masuk je kedai, kami bertiga agak tercangak cangak juga sebab tak tau macam mana proses dorang layan customer kan. Rupanya diorang yang akan tunjuk meja mana korang akan duduk based on berapa orang korang datang. Kitorang ditempatkan semeja dengan satu couple agak berumur dan OPKOSLAH krik krik krik kan.

Nampak tak menu yang warna hijau tu? Asalnya waiter tu bagi yang bahasa cina. Sah sah la semua failed. Si Miss N yang cingcong cingcong tau sikit sikit cakap mandarin pun pasrah sebab tak boleh baca. Jangan risau. Diorang ada menu in english with numbered. So bila order korang jangan sebut nama menu. Sebut nombor since depa pun tatau cakap english. Dorang akan refer balik menu in chinese untuk proceed order kita kat kitchen. Bijak juga disitu. 

Sementara tunggu pesanan, kebetulan datanglah sekumpulan yang cakap bahasa melayu. Ntah kenapa rasa lega gila bila meja sebelah tu semua cakap bahasa melayu haha. Oleh kerana kitorang dah tau macam mana order, kitorang pulak ajar dorang hihi. Bila tanya tanya, rupanya diorang team memanah negara Brunei. Ada tournament katanya & dah bosan hari hari makan megi. Memang terhibur jugak la borak borak guna bahasa sendiri kan.

Kiri ni Shrimp Dimsum soup. Yela kan kempunan makan dimsum kat tempat lain, rawat la hati makan yang ni punya jadi lah.  #fliprambutDJ



Kanan ni pulak tak ingat apa nama dia. Yang pasti menu daging macam bubur pun ada tapi takde nasi dalam nya. Rasanya tak pasti pula sebab tuan tanah semayang punya worang. 







Yang ni pula one of famous dish diorang bernama Veal Goulash bermaksud juicy beef cake. Sekali lagi tidaklah tuan tanah tahu rasanya macam mana. Dari luar macam murtabak. Tapi Mimi kabo rasa manis manis sikit. 

Sila scroll lagi. Jangan terkejut tengok berapa banyak menu kitorang order padahal untuk 3 orang je. Kononnya "bila lagi nak merasa kan"

 

Both nampak sama tapi tidak uols. Kiri tu mushroom fried rice & kanan tu seafood fried rice. Yang ni portion dia banyak. Boleh sebenarnya share 1 pinggan untuk 2 orang. Ke sebenarnya kitorang dah kenyang makan benda lain? Hehehe. Seperti biasa chinese fried rice ni selalunya kering kering kan. So pada yang memang tekak melayu macam datin, dia akan cakap "apa yang sedaptah? kesat je" Cuba makan dengan cili potong. Marvelous wei!


Yang ni tuan tanah suka gila. Fried Prawn Ball with XO Sauce. Memula ingat bebola udang ke. Bila sampai je kat meja sebenarnya udang betul ye kawan kawan. Cuma bulat bulat besar. XO Sauce tu tak pasti la sos apa tapi ada rasa udang kering. Sedap je makan dengan nasi goreng. 


Last menu. Roasted duck. Makan dengan nasi putih dipesan oleh Miss N. Aigo sumpah tak boleh telan. Sauce dia tetiba manis. Masa kunyah tu rasa nak keluar balik. Tapi Miss N kata sedap je. Tekak tuan tanah la kot takleh terima makanan makanan macam ni yang tetiba ada rasa manis. 

Contoh paling mudah: tuan tanah takleh terima pau ayam ke pau daging ke. Mindset dah kabo kalau pau mesti manis. apehal nak rasa karipap pulak? Dapat tak point kat situ? Hehehehe

Dah kenyang, kawan kawan meja sebelah pun dah balik. Kami pun mintak bil. Agak HKD350 juga la total dibayar untuk semua menu diatas. Mahal? Bertabahlah. **tepuk bahu sendiri**

Overall tuan tanah suka gila dapat makan kat sini merawat hati yang luka daripada langsung tak dapat makan chinese food kan. Kalau korang nak lebih banyak info boleh la pi riki blog DJ

Atau boleh tengok website restoran ni sendiri : Islam Food Restaurant 


Oklah next entry akan share pasal The Peak & seangkatan dengannya. Tungguuuuuu



Monday, February 23, 2015

Hong Kong - Ladies Market

Hi korang. Selamat hari Isnin!! Rasa tak level kemerontaan bangun pagi hari ni agak tinggi daripada biasa? Maklumlah baru lepas cuti panjang? Tapi mujur harini kat ofis pun tak sesibuk biasa. Agaknya ramai lagi masih EL bercuti atau baru  nak warming up sambil baca blog ke kan. Hehe

By the way, entry kali ni agak pendek dan kurang gambar. Maklumla masuk ke dalam kawasan lebih kurang macam Petaling Street kita. Kamera besar memang la tinggal. HP pun memang jarang jarang keluar dari bag. Tuan tanah akan cuba gambarkan je la ye? 

Lepas pulang dari Ngong Ping cable car, kitorang balik ke bilik masing masing. Dan berjanji untuk ke Ladies Market sebelah malamnya. Masa trip kitorang ni sebenarnya rakyat HK yang mostly adalah students tengah buat protest tentang cadangan pembaharuan sistem pilihanraya diorang. Protest ni mula dari September pun. Since kami dah beli tiket, yang kami mampu hanya baca je apa apa update dan banyak juga bertanya kat tripadvisor & couchsurfing keadaan sebenar tempat tempat yang diorang buat protest tu. 

Lagi haru bila protest tu buat dibanyak tempat & mostly kat tempat tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Imagine diorang siap bawak khemah. Berumah tangga kat situ. Dan paling best ada mini hospital okay. Ada juga terbaca jumlah orang yang join protest ni pernah hampir 100,000 orang. Ko ghase? Bersatu padu ke idok?

Ok berbalik cerita kami. Ramai yang beri nasihat & pendapat yang Ladies Market adalah selamat untuk kami tinjau. In fact kami siap jalan kat tepi tepi mereka, takde pape yang menakutkan pun. Kalau yang bergaduh dengan polis tu ada la kot provokasi among them. Sebab so far kami jalan semua ok.



Untuk ke sini, sila turun di Mongkok Station, Exit E2. Market tu terletak dibelakang Exit E2. Style kitorang memang jalan dulu survey survey harga. Dan kebanyakan memang jual harga dengan kuantiti yang sama. Ada sikit style Petaling Street macam bila tanya harga tu kira dia dah assume ko nak beli. So kebanyakan memang dah bubuh price kat barang barang dorang.

Jangan takut nak buat bargain harga. Bargain discount like 3/4 from the price. Takat kena marah, ko blah je dari kedai dia. Berlambak orang lain jual. Trust me. Tuan tanah pun ada je kena yang dia kata tuan tanah crazy. Sebab mintak harga yang out of her mind kot? Set kan je satu harga untuk barang yang berkenan tu dalam hati. Contoh: "aku tak nak bayar lebih dari HKD150 untuk handbag ni" HAHA itu tuan tanah lah. Apehal nak beli handbag takde brand mahal mahal kan? 


Masa ni kami jumpa kedai amoi ni. Memang rejeki dia la. Orang lain jual TShirt HK ni 5 helai HKD100. Dia offer 7 helai HKD100. Memang berumah tanggalah kitorang memilih sampai dah buat macam kedai sendiri. Asalnya muka memang kelat je. Bila tengok sorang beli 28 helai. Sorang beli 21 helai. Tuan tanah beli 14 helai. Terus muka ada sinyum.


Tokey tshirt tu yang bertshirt warna merah tu. Sesiapa yang pergi nanti, cari amoi ni tau. Amoi yang baju hitam tu datang mencemar duli je. Dia jual selendang kat depan. Tapi oleh kerana kami duk beli macam nak buat meniaga, dia dan dan la datang nak friendly friendly ajak ke kedai dia. Haha.


Source: Google Image

Satu lagi yang menarik minat Tuan Tanah & berbaloi untuk dibeli adalah pendrive comel comel macam gambar atas ni. 16GB pendrive boleh dapat 8pcs for HKD100. Tak berbaloi ko beli buat ole ole untuk kawan kawan? Menyesal pulak lepas dah balik tu tak beli. Sapa nak pergi nanti beritau ye. Boleh kirim hehe. 

Ada banyaklah benda dijual dalam market tu. Sediakan duit & kentalkan diri untuk bargain je. Even dream catcher ala ala Cha Eun Sang bagi kat Kim Tan pun hade tau tak? 

Kami spent dekat 3 jam juga la berjalan kat situ. Sampai kedai kedai dah nak tutup. Since bawak barang dah banyak, kami decide nak naik teksi je. Terlupa pasal protest tu dah tutup kebanyakan jalan kat situ. Sampai kena tanya 2-3 orang kat mana nak dapatkan teksi. Sempat la lalu tepi tepi khemah. Rasa macam diorang tengah camping je kat situ. 

Kebetulan dapat la tahan satu teksi ni. Mula mula muka serious. Of course la expected diorang tak boleh berbahasa inggeris kan. Sekali dia mula cakap pasal protest. Fluent english. Fuhhhhhhhh! Memang best dapat borak & dengar pendapat orang orang dewasa sana. Rasa tak puas naik teksi dia lepas tu dah sampai. Dia siap pesan suruh extra careful bagai. Ada juga yang manis tentang HK ni untuk hari tu despite hati yang membengkak kerana kejadian siang.

Oklah. Next entry nanti tuan tanah share kedai makan yang tuan tanah pergi sebelum tuan tanah ke Ladies Market ye. Babai. 



Thursday, February 12, 2015

Hong Kong - Ngong Ping 360

Hello. Entry percutian ke Hong Kong masih berlangsung. Kawan yang kononnya nak cilok itineraries siap dah balik dari Hong Kong. Tuan tanah masih terhegeh hegeh nak buat entry. Bertabahlah.

5th November 2014 - Rabu. Kami tetap putuskan untuk keluar awal juga since duk baca blog orang kabo tempat yang kami bakal pergi tu pun akan sesak juga. So lepas breakfast di bilik kami memulakan perjalanan kami untuk ke Ngong Ping 360.  


Perjalanan dari guesthouse adalah lebih kurang sama macam ke Disneyland. Cuma kita tak turun di station Sunny Bay tapi kita akan turun last station untuk route tu iaitu station Tung Chung Exit B.




Dari station Tung Chung tu kita kena jalan sikit untuk ke cable car station tapi ada map besar provided station tu. By the way, kat sini ada CityGate Outlets. Shopping mall tapi ala ala Factory Outlets kat JPO tu. Dengar cerita boleh meroyan juga kalau singgah. 



Oleh kerana kami pergi pun pagi lagi, mall ni pun belum buka. So kitorang terus ke station cable car. Masa ni mujur jugak dah beli tiket. Queue untuk beli tiket pun boleh tahan ramainya. Tapi luckily kitorang hanya perlu beratur kat satu lane untuk collect gelang dia since kami dah beli ticket sesiap. Tapi agak tak paham gak masa ni diorang perlukan passport from each of us. Lepas tu kami terus boleh beratur naik cable car.

Okay, kenapa nak naik cable car ni? Ada apa kat atas tu? Cable car ni sebenarnya menghubungkan dari Tung Chung dengan Lantau Island. Ada apa kat Lantau Island? Kalau untuk Buddhist (mostly) ada Tian Tan Buddha Statue & pulau ni boleh dikategorikan sebagai kawasan yang terjaga dengan hutan asli dan kurang pembangunan. So kira udara kat sini bersih lah. Pulau ni jugak merupakan pulau terbesar di Hong Kong & 2 kali ganda tingginya dari Victoria Peak.  Ada juga pengunjung memang plan datang semata untuk tengok sunset. Romantik gituh. Untuk tuan tanah pulak hanyalah sekadar: Lokasi Running Man. LOL

Ada 3 jenis cabin untuk korang pilih untuk naik ke atas. Ada jenis Standard, Crystal, Private. And of course with a different prices lah. Kami pulak dengan eksyennya beli Crystal Cabin untuk return. 




**gambar ihsan orang se-cable tolong amikkan**

Kenapa cakap eksyen? Sebab cabin ni fully glass. Sepanjang 5.7km ni Kakjem debar okayyyyyy. Konon nak feel the magic of the boundless sea & the rolling grassland right underneath your feet (bak kata dalam website dia) I froze all the way! 



Despite sebenarnya ada lagi 1 american couple & 1 korean couple, Ms L tetap gigih nak duduk. Agak krik krik krik moment sikit la kan sebab 2 couples tu memang macam takde perasaan. Tak macam kami yang duk snap gambar sana sini. oh yes korean couple tu buat Mimi & I sengih lebih teringat kampung halaman ^o^





Booth ni boleh buat face painting. Teringin nak buat since boleh basuh je pakai air kan. Dan ni lah hasilnya untuk Mimi & I.


Motif sangat kan mine looked like Buzz Lightyear versi David Arumugam. Dasar double standard sangat. Mentanglah lengan tangan melebar. Dia pun lukis melebar. Huh!


Belum jalan jalan lagi, kitorang dah nampak restoran makanan halal. Memang tak payah bincang bincang, terus masuk.


Restoran ni self service. U order kat kaunter & bayar. Nanti dia akan beri nombor. Once makanan dah siap, dia akan panggil nombor tu untuk korang ambil kat kaunter. Prices were a bit pricey tapi tak boleh challenge nasi beriyani kat The Venetian lah. Tapi tak bohong, SEDAP GILA!



2 from 4 menu yang kitorang order. Nasi beriyani dia memang sedap. Memang kena dekat tekak tuan. Memang cover segala amarah drama yang melanda sepanjang kat sana tau.







While waiting Ms L & Ms N beli souvenirs. Ada orang tu macam kena sugar rush. Tak berhenti duduk diam.  Bajet posing Gary la tu kan.


I think after 3 hours spent kat atas tu, kitorang turun balik. Luckily memang cabin tu kitorang berempat je. Jadi semua memang  dah buat harta sendiri lah.




Percayalah. Ini je masa ni mampu buat. Memang kalah la dengan DJ berjaya gagahkan diri duduk kat bawah ni. Gerun mak noksss. Duk pk macam macam sangat. Siap Mimi suruh duduk yang kat laut ni sebab konon konon kalau jadi pape pun dalam laut. Tak sakit kalau jatuh. Choiiii sungguh.




Oklah berhenti sini dulu ye. Nanti sambung lagi :)

Sunday, February 08, 2015

You, Me & Family

Some would say family comes first. Some would say family gives you the greatest support among all. So that you will always tend to choose family before everything else.

But why sometimes I do feel regret about it?

Maybe I should start to put myself first before anyone else. And that includes family too.

Thursday, February 05, 2015

Hong Kong - Hello Disneyland!!

Ok dah masuk entry HK. Sampai je dari Macau dah almost 6pm. Gedebak gedebuk, memang malam tu burn baby burn lah since semorang dah penat.

Keesokan hari pulak kitorang dah bangun pepagi untuk ke Disneyland. Tiket dah dibeli siap siap dari receptionist guesthouse yang kitorang duduk tu. And again, sorry tak ingat berapa harga tiket tapi forsure cheaper dari online price kat website Disneyland.

Pagi tu kitorang keluar dalam jam 7.30am ambil subway dari Tsim Sha Tsui ke Disneyland Resort. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit untuk HKD19 jika anda gunakan Octopus Card. Refer kat bawah untuk tengok MAP ye.


Tsim Sha Tsui station >  Interchange at Lai King station > Interchange at Sunny Bay > Exit Disneyland Resort. 

Eh kakjem pernah mention tak pasal Octopus Card? Lebih kurang macam touch n go kita. Boleh dibeli dikaunter yang ada di station mrt. Macam kami, kami beli kat airport sesiap. Kalau nak lebih banyak info, boleh refer SINI



Masa ni dah tukar train kat Sunny Bay dan naik train ke Disneyland. Nampak tak feeling feeling disney dalam train ni. Even pemegang untuk penumpang berdiri pun kepala Mickey Mouse tau. Excited sungguh rasa time ni. Maklumlah, tuan tanah pernah jejak USS je pun sebelum sebelum ni.

Sampai je baru dalam jam 9 lebih. Oleh kerana operating hours jam 10am, duduk makan breakfast dulu yang siap ditapau dari bilik. Foods, drinks, snacks boleh dibawa masuk janji bukan dalam tin. Luckily juga kami dah beli tiket sesiap. So tak perlu lah beratur untuk beli tiket. Jimat masa juga.

Sebelum tu jom posing posing dulu.






Ni la punca utama. Kalau pergi sini tapi tak ambil gambar dengan Mickey Mouse rasa pelik kan? After 1 hour queue. YES. 1 hour. Tadaaa~! Lepas tu kaki terus lenguh dah. Hahaha.

Satu lagi yang boleh buat tuan tanah meroyan ialah Emporium dorang. Semuaaaaaaaaaaaa nak beli. Takde anak pun rasa nak beli baju budak. Botol air dah berlambak, tetap nak merasa botol air disneyland. Memang teruk penangan emporium ni. Dekat 2 jam juga lah mengensot, meraba, mengusik segala benda yang dijual dalam ni.


Dress Frozen pun tengah in trend time tu. RM600 ko. Gila?! Tapi memang banyak la barang barang dalam filem Frozen. Talking Olaf pun ada jugak.



Dah penat menjamu mata dalam emporium, kita jamu perut pulak. Ada orang kata, suruh cuba makan waffle ni. Ala biasa je rasa dia. Cuma dia bentuk mickey mouse. So acah acah la macam comel. Semua pun kitorang beli share share. Nak merasa je pun kan?















Surprisingly time kitorang datang ni, every game tu kalau beratur pun less than 5 minutes. Memang heaven. Nak main banyak kali pun takpe. Compared masa kat USS dulu, beratur 1 jam. Game nye less than 5 minutes. Dah hilang feeling excited tu pun.

Dan personally, i like the Winnie The Pooh's ride. Rasa lawak gila. Dia macam ceritakan macam mana cari madu kalau tak silap. Kalau time cerita tu berombak, sekali dengan ride ni berombak. Ala ala 4D la konon. Dan ada satu stage tu nanti akan ada camera capture gambar kita. Korang boleh beli kalau korang suka. Kami? MUKA BURUK, TAKMAU!! haha



Ada kejadian berlaku dengan Eonnie ni (dan dan) Masa duk beratur tu weols berempat duk teka teka sapa dia? Tak kenal pun. Memang semua takleh nak tangkap dia siapa. Walhal kat kawasan tea cup ride tu. Mujur bila sampai turn untuk ambil gambar, dia intro diri dia dulu. OooOo Alice rupanya. Kalaulah dia tau ada je orang tak kenal dia. Mungkin nangis dalam cawan.


Ni lah karakter favaourite!! Excited sungguh jumpa Woody. Even dulu Toy Story 3 siap nangis kot sebab Andy yang owner Woody & Buzz Lightyear tu dah nak masuk kolej. Dasar tak boleh terima kenyataan. Diri sendiri pun dah kertu.


After a while, kitorang decide gak nak cari menu late lunch kitorang. Ada 2 restoran halal kat sini. Kalau korang memang ikut maps given by them, korang akan jumpa Explorer's Club Restaurant. Tengok gambar depan restoran ni, dan baca menu. Macam macam rasa nak makan. Masa tu dalam kepala kata nak makan korean food pleaseeeee~~

 

 Lepas dah baca & tengok menu, sekali baru perasan tutup da!! Punah harapan. Kecewa. So kitorang end up pergi restoran yang lagi satu Tahitian Terrace. 



We ordered 4 different menu so boleh la merasa sama sikit. Tapi kat Tahitian Terrace ni menu nya slightly cheaper compared dengan Explorer's Club tu. So terpulang gak pada korang nak cuba yang mana.

Diteruskan dengan macam macam game kat sini. Kejap main, kejap duduk. Kejap lepak lepak. Kejap main. Lagipun memang plan nak stay sampai fireworks. So takde rushing pun. Yang part dorang bertiga pi main RC Racer tu memang tuan tanah takleh nak terima. Memang surrender dan duduk tepi. Macam ala ala Viking gitu. No way lah nak main benda gini.


Masa ni tengah nak bunuh masa untuk tunggu jam 7pm sebab ada Night Parade & 8.30pm baru fireworks. Kalau korang memang jenis tak jemu jemu. Memang berbaloi la tiket korang. Tapi yang bawa anak anak tu. Macam lagi elok amik 2 days pass. So boleh la korang settle kan game dari pagi sampai petang. Esok pulak dari petang sampai fireworks. Boleh lemau dibuatnya nak tunggu sampai jam 7pm tau. Kesian tengok kebanyakan kiddos yang datang ni.







Towards the end, even kitorang siap tertidur sambil duduk sementara nak nunggu fireworks ni. Tapi memang berbaloi tunggu. Yela, nak dapat peluang nak pergi lagi tu pun belom tahu bila kan.

Satu nak pujilah kat sini, benches disediakan dimana mana je. Asal penat je, boleh lepak lepak. Toilet pun bersih. Staffs pun friendly. Tak kisahla berapa kali ko cuba pakai segala benda yang dia jual macam scarf ke, topi ke. In fact dia siap offer nak amikkan gambar. Tu tak sure la perli ke apa. Hahaha.


Nah belanja satu gambar staff tu yang amikkan. ^o^



Thoughts and prayers are with family & friends of those on board TransAsia GE235